INFORMATION ABOUT SIJIL PENGENDALI PERANCAH FROM JKKP

Posted on 16:52:00 Under 0 comments

A. PENGENALAN

Tujuan garis panduan Sijil Pendaftaran Pengendali Perancah ini diadakan adalah untuk mengatasi masaalah kejadian kemalangan dan kecederaan yang berlaku di negara ini berhubung dengan perancah. Dengan adanya garis panduan ini adalah diharapkan bahawa kemalangan yang berkaitan dengan perancah dapat dikurangkan dengan mengawal orang-orang yang bertanggungjawab dan berkelayakan sahaja untuk memasang, menyenggara dan merombak perancah.

B. PEMOHONAN PENDAFTARAN

1. Pemohonan hendaklah yang telah mengikut kursus scaffolding dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

2. Pemohon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mempunyai kesihatan badan dan berkeupayaan yang memuaskan untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan perancah dengan selamat.

3. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui borang yang ditetapkan ke pejabat negeri untuk didaftarkan sebagai pengendali perancah.

4. Pemohon hendaklah mengemukakan apa-apa dokumen bukti kepada Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, negeri apabila diminta untuk semakan.

5. Pemohonan untuk warga asing adalah tidak dibenarkan melainkan setelah mendapat permit kerja yang khas sebagai pengendali perancah dari Kementrian Dalam Negeri/Jabatan Imigresen Malaysia.

6. Pendaftaran akan berdasarkan kepada kelayakan pemohon dan akan dibahagikan kepada tiga kelas, asas, pertengahan dan tertinggi.

7. Sijil pendaftaran hendaklah ditunjukkan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan semasa pemeriksaan.


C. PEMBATALAN

1. Pendaftaran sebagai pengendali perancah boleh dibatalkan jika didapati:

i. Maklumat yang dikemukakan dalam borang permohonan adalah palsu.
ii. Orang itu tidak lagi berkeupayan untuk menjalankan tugasnya yang mana boleh membahayakan keselamatan dirinya atau orang lain.
iii. Melanggar dan tidak mematuhi sebarang Akta dan Peraturan-peraturan di bawah kuatkuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia.
iv. Menyalahgunakan sijil pendaftaran yang diberi.


D. BIDANG KUASA KERJA

1. Pengendali perancah hendaklah menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan perancah mengikut kelayakannya sahaja seperti di Lampiran 1.

2. Pengendali perancah adalah bertanggungjawab ke atas tugas-tugas berikut:
a) memeriksa bahan-bahan dan bahagian-bahagian perancah yang hendak digunakan.
b) Mengawasi secara langsung kerja-kerja memasang, mengubahsuai dan mendirikan perancah.
c) Memeriksa setiap kali sebelum perancah digunakan.
d) mengawasi secara langsung kerja-kerja penyenggaraan dan merombak perancah.

3. Seorang pengendali perancah hanya boleh mengawasi empat (4) orang pembantu sahaja pada satu masa.

4. Pengendali perancah hendaklah merekodkan segala butir-butir pemeriksaaannya ke atas perancah dan rekod ini hendaklah disimpan untuk pemeriksaan.


About PJMR Scaffolding

PJMR provides scaffold-related services such as weekly scaffold inspection, catch platform installation, P.E. design, as well as health and safety works like risk assessment, method of statement, scaffolding register and safety tag system.


0 comments